Monday 5 November 2012

Rahsia Hati...

Rahsia Hati...

Okeh...kali ni entry mmg serius...diulangi...ini entry serius...sila bersedia dgn muka serius, urat tegang...muka tegang (cuba pakai mask)...eh...diulangi...ini entry serius...

Sape tau tentang Rahsia hati???haruslah tak tau kan???tipu la kalo tau...ianya sbnnye mmg Rahsia...
Tapi kali ni saya nak jugak bagitau Rahsia hati saya....
Janji tau jangan bgtau org...Janji...janji tau....janjilah wahai diri sendiri...

sbnnye rahsia hati tetap rahsia...
cuma apa yang boleh kita kongsikan disini adalah....
Macamana nak merawat hati kita...

Orang yang tak letakkan diri ditempat kita mmg takkan rasa dan faham tentang diri kita...
Orang yang melihat dan cube untuk memahami juga takkan faham tentang diri kita...
Tapi perlu ke kita marah???atau benci???atau sakit hati bila orang tak faham tentang diri kita????
Exactly NO....

Berusahalah untuk muhasabah diri...
Berusahalah untuk perbaiki hati....
Berusahalah untuk melembutkan hati....

Ada jenis manusia yang tak suka melihat kebaikan orang lain....

Kalau orang lain selalu ke surau @ ke Masjid dikatakan menunjuk-nunjuk 
(Walhal memang jika berkemampuan untuk beribadah dirumah Allah adalah paling dituntut dalam Islam)
Tapi itulah manusia....selalu berfikiran negatif...

Kalau orang lain terus balik kerumah selepas kerja tanpa ada masa untuk bergembira2 diluar selain bersama keluarga dikatakan takutkan isteri @ suami...
(Walhal sememangnya satu kegembiraan dan kebhagiaan apabila penat bekerja menatap wajah istri/suami/anak dirumah dan pahala kebaikan itulah yang akan menempatkan dirinya diantara orang yang berjaya dalam hidup. Dan janganlah iri kepada orang yang rezkinya melimpah ruah samada rezeki harta mahupun rezeki2 yang tersembunyi hanya kerana dikatakan takut isteri/suami sedangkan keikhlasan itu yang menempatkannya menjadi orang yang berjaya )
Tapi...itulah manusia yang tidak bahagia hatinya...mengharapkan orang lain juga  tidak bahagia sepertinya...Nauzubillah...

Kalau orang lain berusaha mengelak dari mengumpat dikatakan tunjuk baik
(Walhal mengumpat itu seperti memakan daging saudaranya sendiri)
Tapi itulah manusia yang tak pernah sedar diri

Kalau orang lain berusaha berubah kearah kebaikan dikatakan berlagak
(Walhal kita memang dituntut melakukan kebaikan)
Tapi itulah manusia yang penuh dgn iri hati


Begitulah manusia...
Yang penuh dengan sifat dengki dan Iri....
Janganlah kita tergolong dalam golongan tersebut...
Hiasilah hati dengan kebaikan...
Penuhilah jiwa dengan sifat2 yang terpuji....

Bila hati disakiti...Berdoalah supaya Allah sembuhkan rasa sakit itu....
Dan saya sentiasa berdoa semoga Allah melembutkan hati seluruh muslimin dan muslimat didunia ni....

Amin...

Rantai pemberian arwah abah yang terputus...
Sedih sangat....
Semoga ada hikmah disebaliknya




0 comments:

Post a Comment

 

Gojes Mama Of Two kiddos Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang