Tuesday 1 November 2011

.....Amarah???.........

Amarah yang Tidak mendatangkan apa2




Kenapa ada sifat amarah dalam diri??perlu ke sifat tu ada dalam hati kite??tapi Allah memang ada selitkan sedikit amarah dalam hati supaya kita ada variety perasaan dalam diri kite...
Tapi...macamana kita nak balancekan perasaan kite tu???boleh ke kite control api amarah dalam diri kita???
Ada sebahagiannya mmg sangat mengagumkan sebab boleh mengawal diri dari amarah (sy hampir berjaya mengawal diri sekarang
Dan ada seebahagiannya tak dapat mengawal kemarahan (kadang termaki,terpukul,ter dan ter ter ter)

Menurut pembacaan saya:


SIFAT marah yang datang daripada hati mempunyai kaitan dengan keimanan seseorang. Orang sabar dapat menahan kemarahan dalam saat genting dan sudah tentu mendapat ganjaran di sisi-Nya.
Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Tiada hamba yang meneguk air lalu mendapat ganjaran lebih besar di sisi Allah daripada hamba yang meneguk air menahan kemarahan kerana Allah.” (Hadis riwayat Ibn Majah)
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Bukankah orang gagah itu, orang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Marah boleh merenggangkan hubungan kekeluargaan, begitu juga hubungan persahabatan dan kejiranan kerana perasaan marah menyebabkan kita susah melihat kebaikan orang lain serta hilang sifat lemah-lembut.



Bagaimana Cara Mengatasi sifat amarah?

Di antara langkah-langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :
  1. Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
  2. Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
  3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
  4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
  5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda didalam keadaan yang marah.
  6. Apabila datang marah, banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
  7. Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
  8. Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur.
  9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah

 Harap2 saya,keluarga saya dan rakan2 saya dijauhi dari sifat itu...amin..

P/S*: kepada insan2 yang saya sayangi....Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. 

2 comments:

 

Gojes Mama Of Two kiddos Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang